DROPSHIPMALAYSIA.MY
DROPSHIPMALAYSIA.MY

JOM BERNIAGA DI INTERNET!

Samada anda mempunyai produk sendiri, atau hanya menjadi stokis bagi sesuatu produk, atau anda tidak mempunyai produk langsung, anda tetap boleh berniaga. Jom sertai DROPSHIPMALAYSIA.MY dan buat duit!

Sistem Ber-Agen
Sistematik
Minisite
Agen

DROPSHIPMALAYSIA.MY

Platform DROPSHIPMALAYSIA.MY akan membantu anda memulakan perniagaan sendiri menerusi internet tanpa perlu anda mengeluarkan modal ribuan ringgit untuk membeli stok produk. Anda juga tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal untuk menghasilkan minisite/kedai online bagi menjual produk. Malah anda juga tidak perlu meluangkan masa untuk menguruskan tempahan dan menghantar produk ke pejabat pos. Pada masa yang sama, anda masih mampu menjana pendapatan yang lumayan!


Bagi anda yang mempunyai produk sendiri, atau menjadi stokis kepada sesuatu produk dan ingin membuka lebih banyak channel jualan, anda boleh menyertai DROPSHIPMALAYSIA.MY. Daftar sebagai STOKIS VIP dan masukkan produk anda di sini. Semua agen-agen di DROPSHIPMALAYSIA.MY boleh terus membuat jualan produk anda!


Terdapat 3 kategori posisi di dalam sistem DROPSHIPMALAYSIA.MY. Anda boleh memilih untuk menjadi AGEN DROPSHIP, atau AGEN VIP, atau STOKIS VIP. Setiap kategori mempunyai tugas, peranan dan keuntungan masing-masing.



DAFTAR SEKARANG

AGEN DROPSHIP

Yuran komitmen sebanyak RM30 dikenakan sekali sahaja. Setelah mendaftar, pilih produk dan promosikan sahaja di Facebook, Instagram, Blog, Website dan sebagainya.

p/s : YURAN INI DIKECUALIKAN SEHINGGA 30/12/2015

Tidak perlu bersusah payah membungkus, mengepos & memaklumkan status item kepada pelanggan. Semuanya akan diuruskan oleh Stokis. Malah semua kos-kos seperti poslaju, SMS, hosting untuk minisite dan sebagainya semuanya sudah ditanggung beres.

Anda boleh gunakan minisite yang disediakan oleh stokis VIP (jika ada) untuk mempromosikan sesuatu produk yang anda pilih. Atau anda boleh bina kedai online anda sendiri dan masukkan produk yang anda mahu jual menerusi sistem DROPSHIPMALAYSIA.MY. Ini memudahkan anda untuk membuat jualan. Setiap agen juga diberi akses kepada sistem tempahan DROPSHIPMALAYSIA.MY

+

AGEN VIP

Harga produk bagi agen VIP adalah lebih rendah dari harga yang diberikan kepada agen dropship. Jadi anda akan mendapat lebih keuntungan bagi setiap produk yang anda jual.

Sebagai agen VIP, anda boleh merekrut seberapa ramai agen dropship di bawah anda. Setiap agen dropship yang anda rekrut tidak perlu mengeluarkan modal permulaan. Mereka akan diberi akses kepada sistem order dan mereka juga akan diberi minisite khas untuk mereka membuat jualan. Yang menariknya, setiap jualan yang mereka dapat akan terus masuk ke dalam sistem anda. Mereka akan membuat bayaran kepada anda bergantung kepada hasil jualan mereka. Harga produk bagi agen dropship adalah lebih sedikit dari harga agen VIP, oleh itu anda akan mendapat keuntungan hasil jualan agen dropship anda.

Tidak perlu bersusah payah membungkus, mengepos & memaklumkan status item kepada pelanggan. Semuanya akan diuruskan oleh Stokis. Malah semua kos-kos seperti poslaju, SMS, hosting untuk minisite dan sebagainya semuanya sudah ditanggung beres.

RM200 akan ditukarkan dalam bentuk Token. Token ini akan digunakan untuk membuat bayaran kepada Stokis VIP semasa menghantar tempahan, samada tempahan sendiri ataupun tempahan yang datang dari agen dropship. Penggunaan token ini akan memudahkan kerja anda, di mana anda tidak perlu membuat bayaran secara online setiap kali menghantar pesanan. Tambahan pula harga setiap produk adalah berbeza-beza dan empunya produk (Stokis VIP) juga berbeza-beza mengikut produk yang ditempah.


Jangan risau, jika anda ingin menutup akaun anda di DROPSHIPMALAYSIA.MY, kami akan tukarkan semula baki Token anda kepada RM dan pulangkan semula baki wang anda.

Anda boleh gunakan minisite yang disediakan oleh stokis VIP (jika ada) untuk mempromosikan sesuatu produk yang anda pilih. Atau anda boleh bina kedai online anda sendiri dan masukkan produk yang anda mahu jual menerusi sistem DROPSHIPMALAYSIA.MY. Ini memudahkan anda untuk membuat jualan. Setiap agen juga diberi akses kepada sistem tempahan DROPSHIPMALAYSIA.MY

*

STOKIS VIP

Jika anda mempunyai produk sendiri, atau anda adalah stokis kepada sesuatu produk, anda boleh menyertai DROPSHIPMALAYSIA.MY sebagai Stokis VIP. Produk anda akan dimasukkan di dalam senarai produk dan semua agen dropship dan agen VIP boleh membuat jualan untuk produk anda. Anda hanya perlu tentukan harga yang sesuai untuk agen VIP, agen Dropship dan harga jualan.

Jika produk yang dibeli oleh pembeli adalah produk anda, order dari agen dropship tersebut akan dihantar kepada agen VIP masing-masing, kemudian agen VIP akan submit order pada anda.

Anda perlu login ke dalam sistem, dapatkan maklumat pembeli, cetak slip poslaju dari sistem, buat pembungkusan, buat pengeposan, dan kemudian kemaskini tracking number di dalam sistem.

Ya! Tiada modal permulaan diperlukan. Anda boleh daftar sebagai Stokis VIP dan memasukkan maklumat produk anda.



SISTEM DROPSHIPMALAYSIA.MY

AGEN : Kenapa DROPSHIPMALAYSIA.MY best?

Sebagai agen VIP atau agen Dropship, anda boleh membina kedai (Online Store) anda sendiri dari sistem DROPSHIPMALAYSIA.MY. Anda boleh tukar logo, banner, nama kedai, ayat-ayat intro, warna tema, gambar latarbelakang dan sebagainya mengikut citarasa anda. Anda boleh pilih produk apakah yang anda mahu masukkan ke dalam kedai anda. Hanya pilih dari senarai produk yang ada di dalam sistem DROPSHIPMALAYSIA.MY. Mudah kan?

Kedai ini juga dilengkapi dengan shopping cart. Semua tempahan dari pelanggan yang membuat pesanan dari kedai anda ini akan secara otomatik masuk ke sistem tempahan anda.

Ini ialah contoh Kedai Online yang anda boleh hasilkan, hanya dalam masa beberapa minit sahaja!

Semua ini dihasilkan melalui sistem DROPSHIPMALAYSIA.MY. Bermula dengan membina dan mengubahsuai kedai online (optional), menerima tempahan pelanggan melalui minisite atau kedai online, mencetak slip poslaju, menghantar SMS tracking number kepada pelanggan, merekrut agen-agen dropship, dan bermacam-macam lagi, semuanya teratur dan sistematik!

ANTARA PRODUK-PRODUK DI DALAM SISTEM DROPSHIPMALAYSIA.MY

Ini ialah antara produk-produk yang sedia ada di dalam sistem DROPSHIPMALAYSIA.MY. Sehingga kini, terdapat lebih 80 produk di dalam sistem ini dan produk-produk baru semakin bertambah dari semasa ke semasa.



FAKTA TENTANG DROPSHIPMALAYSIA.MY

0 Stokis VIP
Agen VIP
Agen Dropship
Jumlah Jualan
(RM)
Larome Serum
Radiance Signature
KA Beauty
MZ Secret
Emorra
ByDrAzlan